Hendak tinggi terlalu, jatuh. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak panjang terlalu, patah. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlalu (= terlampau) cepat jadi lambat. | Pekerjaan yang tergesa-gesa sering kali tidak selamat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak harum terlalu hangit. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak masak langsung hangus, b. Terlampau panggang jadi hangus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kikir pari belulang kering, direndam tujuh hari tak basah. | Terlalu degil atau terlalu kikir; orang yang kuat atau berkuasa. kikir = besi baja beringgit atau belulang pari untuk melicinkan kayu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah terlalu hilir malam, apa hendak dikata lagi. | Perbuatan salah yang sudah terlanjur, tak dapat disesalkan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan. | Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak masak langsung hangus. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu langit, b. Terlampau panggang jadi hangus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlampau panggang jadi hangus. | Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai galah dijual. | Terlalu miskin; kalah judi. galah = tombak atau lembing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |