Rantau jauh tidak terulang, rantau dekat tidak terkendanai. | Terlalu tua sehingga tidak terturutkan lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing. | Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah tujuh duduk berjanda, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi. | Orang yang sudah terlalu tua, tetapi mahu beristeri atau bersuami juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema. | Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |