Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.li.bat] | ترليبت

Definisi : 1. terbebat, terbelit, terlipat; 2. termasuk (dlm sesuatu hal), terbabit: kalau perkara itu ada kaitan dgn kampungnya, dirinya turut ~ sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.li.bat] | ترليبت

Definisi : termasuk atau terbabit dlm sesuatu hal: Tengku Kudin telah ~ juga dlm peperangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
libat
Kata Terbitan : melibat, melibatkan, terlibat,

Peribahasa

Termasuk ke dalam belukar onak.

Bermaksud :

Terlibat dalam kesukaran dan tidak dapat melepaskan diri.

 

Lihat selanjutnya...(7)

632

Don't wash your dirty linen in public

Jangan dedahkan hal ehwal berbentuk peribadi atau masalah keluarga yang memalukan kepada orang luar.

Menepuk air di dulang

The reality programme managed to get those involved to air their personal grievances against family and friends in front of the audiences. Perhaps somebody should remind them this : don't wash your dirty linen in public

Rancangan reality tersebut Berjaya membuatkan orang yang terlibat menghebahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kawan dan keluarga di hadapan penonton. Barangkali kita perlu mengingatkan mereka peribahasa ini : jangan menepuk air di dulang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kena kecipak orang berbelut.Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati). kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Termasuk ke dalam belukar onak.Terlibat dalam kesukaran dan tidak dapat melepaskan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati.Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena kecipak orang berbelut). sicerek = sebangsa tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sama seperahu.Orang yang sama-sama terlibat dalam suatu hal yang membimbangkan, jika berlaku sesuatu kesusahan maka kesemuanya menanggung akibat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mara hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah.Tidak bersalah tetapi ikut terlibat dalam sesuatu kesalahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Si bodoh hendak melepaskan jerat di kaki, terjerat leher.Jika tidak pandai melepaskan diri daripada bahaya yang kecil maka mungkin terlibat ke dalam bahaya yang lebih besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya.Orang yang bersahabat dengan orang jahat akhirnya akan ikut terlibat juga dalam kejahatannya. baluhan = batang yang sudah berlubang seperti gendang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas