Berdenah tidak, terpeluk sarang tabuhan. | Mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak patut ditakutkan. tabuhan = tebuan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut di hantu, terpeluk ke bangkai. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut titik lalu tumpah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut akan hantu, lari ke pandam. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan mayat terpeluk bangkai, b. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai, c. Takut titik lalu tumpah). pandam = pekuburan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut titik lalu tumpah. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Takut akan hantu, lari ke pandam, b. Takut akan mayat terpeluk bangkai, c. Takut di hantu, terpeluk ke bangkai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Disangkakan bedena timbul, terpeluk bangkai babi bengkak hanyut. | Orang tamak yang tiada tahu membezakan yang baik dengan yang buruk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takut akan mayat terpeluk bangkai. | Kerana takutkan rugi sedikit, lalu menderita kerugian banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan hantu, lari ke pandam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap. | Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial). | Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terlepas daripada rahang harimau, termasuk ke dalam rahang buaya. | Perempuan yang bernasib malang, bercerai daripada suami hartawan yang hina dan kahwin dengan seorang hamba yang miskin. (Peribahasa lain yang sama makna: Terlepas daripada babi gemuk, terpeluk anjing kurap). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |