Biarlah tersalah kain, janganlah tersalah cakap. | Hendaklah selalu berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu perkataan. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar salah kain, jangan salah mulut). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar kena tampar dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis. | Jikalau tersalah dalam sesuatu perkara, biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, daripada dianiaya oleh orang kecil yang tak tahu apa-apa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu. | Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |