Kepala tersangkut dengan kulit babi. | Mendapat malu besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain tersangkut kain tinggal. | Tergesa-gesa melarikan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar. | Cakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya. (Biasa juga: Cakap berdegar-degar, tumit di keting). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut. | Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dapat kijang teruit. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau. | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar. | Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa). termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |