Jerat serupa jerami. | Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berlurah di balik pendakian. | Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada udang [= berudang] di balik batu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bakar tak berbau. | Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada udang (= berudang) di balik batu. | Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Berlurah di balik pendakian). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Api makan sekam (= dedak). | Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti api makan [= dalam] sekam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang. | Tipu muslihat yang tersembunyi untuk mencari keuntungan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti api makan (= dalam) sekam. | Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi. (Peribahasa lain yang sama makna: Api makan sekam [= dedak]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Yang lahir memperlihatkan yang batin. | Perbuatan atau kelakuan menunjukkan sifat atau perasaan yang tersembunyi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak berudang di balik batu, tak berorang di balik aku. | Tidak ada maksud yang tersembunyi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. | Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |