Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.sing.gung] | ترسيڠݢوڠ

Definisi : 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.sing.gung] | ترسيڠݢوڠ

Definisi : 1 terkena sedikit; tersentuh. 2 disakiti ha­tinya: Dia mudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
singgung
Kata Terbitan : bersinggungan, menyinggung, tersinggung,

Puisi
 

Burung perling matanya merah,
     Hendak memakan tempulur labu;
Sahabat menghilang nampak marah,
     Tersinggung kawan dalam kalbu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Mudah terbelingut bagai pisau belik.

Bermaksud :

Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tersinggung lebih bak kena.Lekas merasa hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mudah terbelingut bagai pisau belik.Mudah tersinggung dan berkecil hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Mudah bengkok bagai parang timah). terbelingut = terpelecok; belik = tin, timah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mudah bengkok bagai parang timah.Mudah tersinggung dan berkecil hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengambil bungkalan kurang.Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tertarung kaki boleh diinai, tertarung hati susah ubatnya.Hati yang tersinggung kerana perkataan yang tajam susah mengubatinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tercencang puar, bergerak andilau.Jika orang dihinakan atau mendapat bencana, keluarga atau kaumnya akan merasa tersinggung atau merasa gusar juga. andilau = sama dengan puar tetapi lebih besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas