Bersisih antah dengan beras. | Tersisih orang miskin daripada orang kaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada dibawa orang sehilir semudik. | Tersisih daripada pergaulan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Itik tak sudu, ayam tak patuk. | Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak dibawa orang sejambar semakan. | Orang yang tersisih daripada pergaulan (kerana sombong, kelakuan yang buruk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. | Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |