Tertangkap di ikan kalang. | Berlawan atau bersaingan dengan orang yang lebih berani (pandai, kaya dan sebagainya). Ikan kalang = keli atau ikan lele. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam dapat, musang dapat. | Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan dalam keroncong. | Tiada tertolong lagi (Tentang: Orang yang telah tertangkap). keroncong = bilik-bilik bubu sebelah dalam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kena kecipak orang berbelut. | Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati). kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |