| Tertarung kaki boleh diinai, tertarung hati susah ubatnya. | Hati yang tersinggung kerana perkataan yang tajam susah mengubatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bekas tertarung lagi terkenang, apa pula hubungan nyawa. | Tiada pernah lupa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kaki tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya. | Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum diajun sudah tertarung. | Baru hendak memulai sesuatu sudah mendapat kemalangan. (Peribahasa lain yang sama makna: Baru dianjur, sudah tertarung). ajun = maksud hendak (berbuat, berjalan dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Baru dianjur, sudah tertarung. | Baru hendak memulai sesuatu sudah mendapat kemalangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga. | Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Semut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga. | Perjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |