Tempayan tertiarap di air. | Orang yang tak dapat diberi nasihat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar senget jangan tertiarap. | Lebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertelentang berisi air, tertiarap berisi tanah. | Terlalu miskin, tidak ada daya upaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir. | Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air. | Orang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Telentang sama tertiarap bersama memakan pasir). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar titik, jangan tumpah. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |