| Takkan pisang berbuah dua kali. | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Termakan di sadah. | Sangat kesal hati kerana tertipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mat di bawah dagu. | Kalah dengan tiba-tiba atau tertipu di depan mata. mat (emat) = kata peringatan dalam permainan catur, mengatakan bahawa raja atau wazir terancam bahaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takkan dua kali orang tua kehilangan tongkat. | Sekali merugi (tertipu dan sebagainya) tentu jera dan berhati-hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Takkan pisang berbuah dua kali). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tercocok hidung. | Membeli barang yang buruk dengan harga mahal; tertipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan. | Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |