| Bembam bukan terung. | Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati. (Biasa juga: Nak bembam bukan terung). bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terung buah bergantung, lobak buah berlindung. | Ada orang yang menampakkan kekayaannya dan ada pula orang yang menyembunyikannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai terung terantuk ke dinding. | Datang berkunjung sebentar saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Laksana terung bertunang ikan kering. | Sangat sesuai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tua-tua terung asam, makin tua selera makin tajam. | Orang tua yang kemuda-mudaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |