Bau malaikat terhempas. | Harum sekali, terutama tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tuman makan anak. | Berbuat pekerjaan cabul (terutama pada orang yang seharusnya mesti diperlindungi). tuman = sebangsa ikan sungai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk. | Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencari lantai terjungkat (= terjungkit). | Mencari-cari kesalahan orang terutama orang kecil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tunggang hilang berani mati. | Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti denak mencari lawan. | Orang yang terlalu ingin berbuat sesuatu pekerjaan, terutama di dalam sesuatu pertandingan. denak = burung pemikat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian, b. Guru kencing berdiri, murid kencing berlari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian. | Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Guru kencing berdiri, murid kencing berlarian, b. Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari). anak sasian = murid. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diam di laut, masin tidak; diam di bandar tak meniru. | Tidak menghiraukan segala perubahan terutama perubahan-perubahan yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |