Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau. | Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai. | Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya. udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Si lalar si lalai. | Tidak tetap pada sesuatu pekerjaan atau di suatu tempat. si latar = berjalan tak tentu arah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti rusa kena tambat. | Tidak tetap duduknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai haruan di dalam tuar. | Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah. tuar = lukah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai air daun talas (= keladi). | Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah. (Bandingkan dengan: Air di daun keladi [= talas]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memegang erat, menggenggam teguh. | Pendirian yang tetap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tunggang hilang, tak hilang. | Siapa yang tetap hati (berani mati dan sebagainya), akan mencapai maksudnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai tuntung jarum dilaga. | Sesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya). tuntung = hujung yang runcing. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai pancang digoncang arus. | Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Sebagai pimping di lereng bukit, e. Seperti panji-panji dituip angin). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |