Bagai wau putus teraju. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Laksana layang-layang putus teraju, b. Layang-layang putus talinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Layang-layang putus talinya. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Laksana layang-layang putus teraju). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana layang-layang putus teraju. | Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai wau putus teraju, b. Layang-layang putus talinya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin. | Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada berbulu lagi. | Tiada punya apa-apa lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau kucing tiada bermisai, takkan ditakuti tikus lagi. | Orang besar yang sudah dipecat dari jabatannya tiada disegani orang lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi. | Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ikan dalam keroncong. | Tiada tertolong lagi (Tentang: Orang yang telah tertangkap). keroncong = bilik-bilik bubu sebelah dalam. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa. | Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti api memakan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi. | Marabahaya yang tak dapat ditolak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |