Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiadalah

Puisi
 

Merambat tebing Brunei,
     Rambat menyangkut di pokok pauh;
Sedang liar si burunglah punai,
     Tiadalah boleh terbang jauh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Berguru kepalang ajar,
     bagai bunga kembang tak jadi.

Bermaksud :

Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti hendak menepung tiada berberas.Tiadalah akan sempurna pekerjaan yang diperbuat dengan tiada cukup syarat. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepung tiada berberas).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk.Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula?Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas