Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


2°v´ | تياڠ

Definisi : 1. kayu yg dipasang tegak utk menyo­kong sesuatu bahagian bangunan (spt lantai dll): kesemua ~ rumah itu drpd kayu jati; 2. tonggak (drpd kayu, besi, dll) yg ditanam atau didirikan tegak utk kegunaan tertentu; ~ bendera tiang utk mengibarkan bendera; ~ telegraf (telefon) tiang utk digantungkan wayar telegraf (telefon); mengibarkan bendera setengah ~ menaikkan bendera ke takat separuh tiang (sbg alamat berdukacita atau berkabung); 3. kayu dll yg didirikan tegak dlm kapal utk memasang layar; 4. ki orang atau sesuatu yg menjadi unsur atau sumber kekuatan (kesempurnaan dll) sesuatu: pemuda harapan bangsa, pemudi ~ negara; ~ agama solat (dlm Islam); ~ agung tiang kapal yg terpenting; ~ balai badan penasihat yg terdiri drpd empat orang utk menasihati Undang di Negeri Sembilan; ~ beralas tiang rumah yg berasas (berlapik) batu; ~ gantung tiang yg tidak jejak ke tanah (utk menyam­bung bahagian tambahan rumah kpd rumah ibu); ~ gol satu drpd dua tiang yg dihubungkan dgn kayu palang utk matlamat tendangan bola; ~ guntung tiang perahu yg papak pd puncaknya; ~ kampung orang yg tertua dlm kampung; ~ negara orang dll yg menjadi sumber kekuatan negara; ~ seri (tengah, sendi rumah) tiang rumah yg mula-mula sekali didirikan (letaknya di tengah-tengah rumah); ~ topang tiang depan (perahu); ~ pandak hendak menyamai ~ panjang prb hendak meniru-niru orang kaya (orang besar-besar); bertiang mempunyai tiang, ada tiangnya; bertiangkan mempunyai atau menggunakan (sesuatu) sbg tiang, bertonggakkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

2°v´ | تياڠ

Definisi : 1 kayu dll yg dipasang tegak utk menyangga bangunan (spt rumah, jambatan): ~ rumah itu belum didirikan lagi. 2 kayu dll yg didirikan tegak utk sesuatu tujuan: ~ bendera; ~ gol; ~ layar; ~ seri tiang rumah yg mula-mula di­dirikan yg letaknya di tengah-tengah rumah. 3 ki sesuatu yg menjadi tonggak atau pokok kekuatan dll: Pemuda ha­rapan bangsa, pemudi ~ negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiang (kata nama)
1. Bersinonim dengan tonggak: turus, pancang, pacak, turas, cerucuk,

2. Bersinonim dengan sendi: teras, tunjang, asas, dasar, rukun, prinsip, pokok,

Kata Terbitan : bertiang,

Puisi
 

Rumah kecil tiang seribu,
     Rumah besar tiang sembilan;
Dari kecil dikandung ibu,
     Sudah besar mencari makan.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Layar menimpa tiang.

Bermaksud :

Kawan menjadi lawan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang.Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Layar menimpa tiang.Kawan menjadi lawan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar.Belanja lebih besar daripada pendapatan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kapal tiga tiang.Gaya perjalanan seorang perempuan yang amat menarik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada tangga hendak memanjat tiang.Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada sirih hendak makan sepah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang.Belum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua. lepang = sejenis pohon.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar senggulung daripada beban.Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Besar suap daripada mulut.Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar, b. Besar senggulung daripada beban).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran.Terlalu gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri. kelekati = kelekatu; peran = balok yang menyambung tiang rumah. jeran = jera.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada sirih hendak makan sepah.Ada yang baik, hendakkan yang buruk. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada tangga hendak memanjat tiang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas