Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang. | Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Layar menimpa tiang. | Kawan menjadi lawan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar. | Belanja lebih besar daripada pendapatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kapal tiga tiang. | Gaya perjalanan seorang perempuan yang amat menarik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada tangga hendak memanjat tiang. | Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada sirih hendak makan sepah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang. | Belum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua. lepang = sejenis pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar senggulung daripada beban. | Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar suap daripada mulut. | Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar, b. Besar senggulung daripada beban). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran. | Terlalu gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri. kelekati = kelekatu; peran = balok yang menyambung tiang rumah. jeran = jera. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada sirih hendak makan sepah. | Ada yang baik, hendakkan yang buruk. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada tangga hendak memanjat tiang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |