Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : ; tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)

202

Every flow must have its ebb

Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan.

Ada pasang berturun naik

He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever.

Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang berturun naik. Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mat di bawah dagu.Kalah dengan tiba-tiba atau tertipu di depan mata. mat (emat) = kata peringatan dalam permainan catur, mengatakan bahawa raja atau wazir terancam bahaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang tak berbau.Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hinggap saja bagai langau.Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya). Peribahasa lain yang sama makna: Hinggap bak langau, titik bak hujan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sirih naik, junjungan patah.Baru hendak mendapat kesenangan, tiba-tiba mendapat bencana pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tengah makan putus suap.Baru hendak merasa senang, tiba-tiba datang pula kesusahan lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Wayang kepadaman damar.Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hinggap bak langau, titik bak hujan.Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial).Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari.Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiba di perut dikempiskan, tiba di mata dipicingkan, tiba di dada dibusungkan.Perbuatan (= sikap) yang tidak adil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas