Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi. | Tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya. melukut = lemukut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tegang tidak, kendur tidak. | Perhubungan yang tidak terikat dan memaksa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencencang tidak memampas, membunuh tidak membangun. | Melukai orang tidak didenda, membunuh orang tidak dihukum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak makan benang. | Tidak masuk akal; tidak benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengikat tidak bertali. | Tidak mengurus isteri, tetapi tidak pula menceraikannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali. | Perempuan yang tidak dipelihara oleh suaminya, tapi tidak pula diceraikannya; hidup di luar nikah. sanggit = geser, gosok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak mudah menggelamai, kurang haru cirit kambingan, terlampau haru berlantingan. | Tidak mudah melakukan suatu pekerjaan, kalau tidak hati-hati tentu tidak sempurna. (Bandingkan dengan: Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan. | Bekerja hanya kalau diperintah. (Bandingkan dengan: Seperti pahat dengan penukul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengebat tidak erat, memancung tidak putus. | Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak tentu kalang tumpuan, tidak tentu kalang batang. | Orang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |