| Barang siapa berani mengamang, tak dapat tidak berani melawan juga. | Berani berkata, tentulah berani berbuat. mengamang = menakut-nakuti. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Memakan hendak lemang, membeli hendak pelo. | Inginkan barang yang bagus, tetapi tidak berani membayar mahal. pelo = ubi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa. | Orang yang berani dan tidak memilih perbuatannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi. | Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Terbulang ayam betina. | Orang yang disangka berani (pandai dan sebagainya), rupa-rupanya tidak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | 
				| Malu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing. | Tidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |