Habis tenggang dan (= dengan) kelakar. | Tidak berdaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti mayat ditegakkan. | Pucat dan tidak berdaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ikan kena tuba. | Sudah tidak berdaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada terbawa sekam segantang. | Sangat lemah; tidak berdaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ayam mabuk tahi. | Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak terbang tiada bersayap. | Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. (Peribahasa lain yang sama makna: Hendak hinggap tiada berkaki). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa. | Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angan lalu, faham tertumbuk. | Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai. | Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi. | Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. sepiak = seketip, sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |