Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Sungkal tak berbalik,
     unggun padam bara.

Bermaksud :

Pekerjaan yang tidak berfaedah baik dikerjakan ataupun tidak. sungkal = pengunjam tenggala.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai gembala diberi keris.Pemberian yang tidak berfaedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sungkal tak berbalik, unggun padam bara.Pekerjaan yang tidak berfaedah baik dikerjakan ataupun tidak. sungkal = pengunjam tenggala.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meragakan suara kepada si pekak.Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meragakan pakaian cantik kepada si buta.Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan). (Biasa juga: Bersifat kepada si buta).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa gunanya merak mengigal di hutan.Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya). (Bandingkan dengan: Seperti merak mengigal di hutan). mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya.Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas