Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kaduk kena baja. | Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai mendapat cincin ijuk. | Mendapat barang yang tidak berguna. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Manikam sudah menjadi sekam. | Tidak berguna lagi; tidak berharga lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mabuk kerana beruk berayun. | Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memandikan itik. | Pengetahuan yang baik tidak berguna kepada orang yang tidak menghendakinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang. | Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur. | Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |