| Sebagai orang mencacak tonggak saja. | Masing-masing diam tidak berkata-kata. mencacak = berdiri tegak lurus. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berbunyi batu berbunyilah dia. | Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Banyak tukang di mata dan di mulut, sedikit tukang di tangan. | Pandai berkata-kata saja tetapi tidak pandai mengerjakannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mulut tempayan bagaimana menjahitnya. | Tidak dapat dilarang seseorang itu daripada berkata-kata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |