Air lalu kubangan tohor. | Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memecah damar atau pagu. | Menggunakan wang simpanan atau mengadakan harta pusaka, untuk menambah penghasilan yang tidak cukup. damar = kemiri; pagu = loteng. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak. | Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai kapak naik cerana. | Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kapak naik pemidangan [= peminangan]). cerana = tempat sirih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kapak naik pemidangan (= peminangan). | Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kapak naik cerana). pemidangan (peminangan) = tempat sirih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis. | Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan. | Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong. dikacak = dipegang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |