Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi. | Tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya. melukut = lemukut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak masuk buku. | Tidak termasuk dalam hitungan (= perkiraan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tonggak dalam air boleh diraba, tetapi air di dalam tonggak tidak teraba. | Perkataan dapat didengar dan diketahui, tetapi isi hati tiada siapa yang dapat mengetahuinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu. | Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga. (Peribahasa lain yang sama makna: Dada manusia tidak dapat diselam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Meragakan pakaian cantik kepada si buta, b. Meragakan suara kepada si pekak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berdiang di abu dingin. | Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Udang merentak dalam tangguk. | Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Termasuk ke dalam belukar onak. | Terlibat dalam kesukaran dan tidak dapat melepaskan diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari. | Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong. lulus = maksudnya terbenam dalam air. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Meragakan suara kepada si pekak. | Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |