Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Satu hari tidak ke ladang,
     Habis kangkung dililit padi;
Satu hari tidak kupandang,
     Habis jantung diremuk hati.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Pilin telinga saring-saring.

Bermaksud :

Fikirkan habis-habis sebelum berbuat sesuatu. saring = tidak longgar.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tidak berengsot dari bibir.Tidak habis-habis disebut. berengsot = berpindah perlahan-lahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pilin telinga saring-saring.Fikirkan habis-habis sebelum berbuat sesuatu. saring = tidak longgar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air lalu kubangan tohor.Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing).Habis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis hulubalang bersiak.Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis tenggang dan (= dengan) kelakar.Tidak berdaya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tuba habis (= binasa), ikan tak dapat.Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga.Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis beralur maka beralu-alu.Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas