Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan. | Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar. | Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga. | Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sembunyi-sembunyi tuma; kepala tersorok ekor kelihatan. | Berpura-pura tidak mahu tahu akan perkara-perkara yang benar-benar akan terjadi; mencuba menutup-nutup perbuatan jahat yang sudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Sembunyi-sembunyi puyuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besi lemah tak patah. | Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat. | Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besi lemah tak patah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak resan kunyit, resan serai. | Tidak ada perhubungan keluarga walaupun dulunya kelihatan sebagai satu keluarga (orang-orang yang berselisih). resan = rasa dengan lidah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu. | Kesusahan yang tidak diketahui oleh orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kulit hitam orang tengok, tulang putih siapa jenguk. | Orang yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang pun yang tahu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |