Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sakit saya kena cepu,
     Tidak sakit kumbang menyengat;
Sakit saya kerana tipu,
     Dalam tipu tidak ingat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja.

Bermaksud :

Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik ke rumah bercuti kaki saja).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bumi mana yang tidak kena hujan?Tiap-tiap orang ada kalanya berbuat salah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja.Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik ke rumah bercuti kaki saja).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Naik ke rumah bercuci kaki saja.Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kawin [kahwin] naik basuh kaki saja).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tergeser kena miangnya, terlanggar kena rabasnya.Orang yang berkuasa dan zalim, tidak dapat orang kecil bersalah sedikit kepadanya. (Bandingkan dengan: Sudu-sudu di tepi jalan [dipanjat kena durinya, disinggung kena rabasnya, ditakik kena getahnya]).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ayam kena kepala.Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung. kena kepala = kena lempar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti rusa kena tambat.Tidak tetap duduknya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai cacing kena air panas.Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan, b. Seperti cacing kepanasan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti ikan kena tuba.Sudah tidak berdaya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kena luluk kandang kering.Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kaduk kena baja.Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas