Setali tiga wang. | Sama saja; tidak lebih dan tidak kurang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belanga kurang, periuk yang melebih-lebih. | Orang yang berhak tidak mengambil berat, sebaliknya orang lain pula yang bersusah payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati. | Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |