Tergigit lidah. | Tidak tahu malu; tidak mengendahkan celaan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dituba sajakah ikan, dijala dijaring bukankah ikan? | Tidak malu melakukan kejahatan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tebal kulit muka. | Orang yang tidak tahu malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing itu, kalau dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang. | Orang yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia tidak akan malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam terlepas, tangan tercirit. | Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam terlepas, tangan bau tahi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam terlepas, tangan bau tahi. | Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar. | Usaha yang besar kalau tidak berhasil, tidaklah mendatangkan malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing. | Tidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tamak hilang malu, loba dapat kebiasaan. | Perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan berbuat kerja-kerja yang terhina. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti cacing kepanasan. | Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai cacing kena air panas, b. Melanting-lanting bagai cacing kepanasan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |