Berdua mendatangkan perbantahan. | Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri. (Bandingkan dengan: Berbaur pangkal perceraian). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Takkan bernanah sebelum bengkak. | Tidak mungkin dihukum kalau belum melakukan kesalahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak dapat didamak, dipikat. | Sesuatu rahsia itu jika tidak mungkin didapat dengan kekerasan, hendaklah dengan cara yang lemah lembut. didamak = disumpit; dipikat = dijebak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak akan berwap nasi dingin. | Orang yang tidak berilmu tidak mungkin mengajar orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut. | Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar. | Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat. | Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. (Bandingkan dengan: a. Anak harimau takkan menjadi anak kambing, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mabuk kerana beruk berayun. | Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Si bodoh hendak melepaskan jerat di kaki, terjerat leher. | Jika tidak pandai melepaskan diri daripada bahaya yang kecil maka mungkin terlibat ke dalam bahaya yang lebih besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa. | Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |