Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Besar kayu dua pemeluk,
     Hendak ditebang berdiri duduk;
Kalau tidak panjang penjolok,
     Mana mendapat bunga yang elok.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Sepanjang-panjang tali,
     tidak sepanjang mulut manusia.

Bermaksud :

Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Singkat tidak terulas, panjang tidak terkerat.Tiap-tiap orang akan mati apabila telah sampai ajalnya dan kalau belum ajal berpantang mati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepanjang-panjang tali, tidak sepanjang mulut manusia.Cakap orang dapat dilakukan dengan sesuka hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepanjang-panjang lorong masih panjang mulut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perut panjang sejengkal.Merasa tidak senang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sepanjang-panjang tali, sekenyang-kenyang banteng.Tidak ada daya upaya lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menerima panjang tangan, menghulur sekali belum.Orang yang hanya mahu menerima saja, tetapi tidak mahu memberi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan.Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti beting dipalu ombak.Kehidupan yang tidak tenteram, senantiasa diganggu orang. beting = gosong panjang di muara sungai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar.Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Salangkan (= sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.Sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; sedangkan waktu makmur tidak senang, apalagi waktu susah. salang = selang, sedang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas