| Air laut hijau siapa celup? | Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti keris yang tak payah diasami lagi. | Sudah mahir dan tidak payah ditunjuk ajar lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat tebu rebah. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat kijang teruit. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat harta timbul. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat harta karun. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Kura-kura kakinya tiada basah, c. Mendapat pisang terkubak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat durian runtuh. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mendapat pisang terkubak. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ke sawah tidak berluluk, ke ladang tidak berarang. | Memperoleh keuntungan tidak dengan bersusah payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rusa dijumpai tiada dikejar. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |