Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Naik rumah tidak bertangga,
     Kucing memanjat di batang tiang;
Saya tak pernah tidur berdua,
     Peluk bantal sampailah ke siang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Laksana sampan pukat.

Bermaksud :

Orang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya.

 

Lihat selanjutnya...(8)

210

The wheel of fortune is forever in motion

Nasib manusia tidak pernah tetap, yakni sentiasa berubah-ubah, ada kalanya baik dan ada kalanya buruk.

Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa

During her heyday on the silver screen, she was the nation's top actress, and she basked in luxury and fortune. Unfortunately, the wheel of fortune is forever in motion, and the disaster struck after her twentieth film.

Ketika zaman kegemilangannya dalam industry perfileman, dialah pelakon wanita nombor satu Negara, dan dia dilimpahi kemewahan dan kekayaan.Malangnya, air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa , dan bencana datang selepas filemnya yang ke dua puluh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(55)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai beliung dengan asahan.Tidak pernah berpisah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana sampan pukat.Orang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bermayang-mayang menjadi mumbang.Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tiada lukah yang kenyang oleh air.Tabiat manusia tidak pernah puas dengan nikmat yang diperolehnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat.Tidak pernah merasa puas dengan sesuatu perolehan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam anak dara tak datang tunangnya.Selalu membengkalaikan pekerjaan; membuat kerja tidak pernah siap; terlalu lambat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya.Waktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Takkan serik luka dimakan tajak, esok lusa ke bendang juga.Kesukaran tidak pernah menghalangi orang untuk berusaha mencari nafkah hidupnya. serik = jera.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas