| Mendapat badar tertimbakan. | Mendapat untung dengan tidak disengajakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepasin dapat bersiang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sepasin dapat bersiang. | Mendapat untung dengan tidak disengajakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendapat badar tertimbakan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Penyapu diikat sutera. | Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Perahu papan bermuat intan, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpati dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat tebu rebah. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat kijang teruit. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat tebu rebah). teruit = tersangkut kaki atau tanduk pada akar atau belukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat harta timbul. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Dapat harta karun. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Kura-kura kakinya tiada basah, c. Mendapat pisang terkubak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mendapat pisang terkubak. | Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Rusa dijumpai tiada dikejar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Perahu papan bermuat intan. | Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Permata lekat di pangkur, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Permata lekat di pangkur. | Sesuatu yang tidak pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Penyapu diikat sutera, b. Perahu papan bermuat intan, c. Seperti penyapu bersimpai dengan benang sutera, d. Seperti sapu diikat dengan benang sutera). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |