| Berminyak tak licin. | Setengah-setengah tidak sampai selesai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai melepaskan batuk di tangga. | Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harimau mengaum takkan menangkap. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hari guruh takkan hujan, b. Harimau bertempek tak [kan] makan orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hari guruh takkan hujan. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau bertempek tak [kan] makan orang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Merajukkan air di ruang, hendak karam ditimba juga. | Marah yang tidak sampai membahayakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harimau bertempek tak (kan) makan orang. | Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Hari guruh takkan hujan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema. | Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Panas tidak sampai ke petang. | Sesuatu yang baik tidak akan tetap selamanya. (Bandingkan dengan: Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sayang bunga layu di pohon. | Gadis yang tidak bersuami sampai tua. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Takkan harimau makan anaknya. | Marah bapa kepada anaknya, tidak akan sampai membunuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |