Tak tahu dibungkuk (dibongkok) tidur. | Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telur mengatakan lepang tak pandai duduk. | Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bintang di langit boleh dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar. | Cacat-cela orang lain tampak, cacat-cela sendiri tidak kelihatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bicarakan rumput di halaman orang, di halaman sendiri rumput sampai di kaki tangga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak. | Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |