Bagai melulutkan jebat pada kerbau. | Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya. melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = sebangsa kasturi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat memakai, syarak mengata. | Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |