| Sudah seasam segaramnya. | Sudah tidak ada cacat-celanya lagi (pekerjaan atau perbuatan yang sempurna). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah mati kutu. | Sudah tidak bertenaga lagi; tak dapat berbuat apa-apa lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tampan sudah, langgam terbawa. | Sudah tidak ada cacat celanya; segala-galanya baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah patah yang bertaji. | Orang yang disegani sudah tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah tidak tersudu oleh angsa, baru diberikan kepada itik. | Barang yang tiada berguna kepada orang kaya (besar), barulah diberikan kepada orang miskin (hina dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Terikat kaki tangan. | Sudah tidak berkuasa lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Habis hulubalang bersiak. | Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. siak = orang yang hidup miskin kerana Allah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti ikan kena tuba. | Sudah tidak berdaya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lepas kaki leher terjerat. | Orang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang bahasa lenyap bangsa. | Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |