Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit. | Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sakit kepala panjang rambut, patah selera banyak makan. | Orang yang pada lahirnya tidak suka, tetapi hatinya suka sekali. (Bandingkan dengan: Jangan bagai orang patah selera, banyak makan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya. | Orang yang berilmu tidak suka bermegah-megahkan dirinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dilahir serupa tidak, dibatin menggunting angin. | Hidup dalam pura-pura; pada lahirnya tidak suka tetapi batinnya ingin mendapat lebih banyak lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang. | Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol. | Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kata tidak dipegangnya, janji tidak ditepatinya. | Orang yang suka mungkir janji. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tiada raja menolak sembah. | Tidak ada orang yang tak suka dihormati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan. | Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali. patah selera = tak bernafsu makan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti sang genap: ada orang adalah dia. | Suka turut campur tangan dalam urusan orang lain, walaupun tidak disukai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |