Mudah jua pada yang ada, sukar jua pada yang tidak. | Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak terindang dedak basah. | Perselisihan atau perkara yang sangat sukar menyelesaikannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak. | Kebiasaan sejak kecil, menjadi tabiat yang sukar diubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak ada itik yang bertengger. | Pekerjaan-pekerjaan yang besar dan sukar tak akan dapat dilakukan oleh orang yang tidak berilmu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar. | Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |