Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang! | Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bersawah sepiring tidak, 'kan tempat sepasin bertanya. | Kemiskinan yang amat sangat. sepasin = binatang yang akan menjadi sepatung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkotakan (= berkubukan, bernegerikan) betis. | Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telinga rabit dipasangi subang. | Tidak pada tempat yang selayaknya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ditentang langit, langit; ditentang bumi, bumi. | Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti. | Tempat yang tidak dijaga baik-baik, di situlah pencuri datang; siapa lengah akan mendapat bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rumah (= tempat kediaman) mana yang tidak bersampah. | Tak ada sesuatu yang tak ada cacatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama kiambang di air, akar tidak jejak di bumi. | Tidak tetap pada suatu tempat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertiraikan banir. | Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua, c. Bertilam pasir). banir = akar yang tumbuh pada pangkal pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bertilam pasir. | Tidak mempunyai rumah tempat tinggal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkandilkan bulan, b. Berkelambukan gua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |