Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sirih tidak pinang pun tidak,
     Minta sekapur kurangnya dua;
Kasih tidak kenang pun tidak,
     Minta tidur semalam dua.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Tak tahu dibungkuk (dibongkok) tidur.

Bermaksud :

Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bersesak bagai ular tidur.Tidak leluasa (kerana kemiskinan, kepicikan wang dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak tahu dibungkuk (dibongkok) tidur.Tidak sedar akan kekurangan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidur diperkalang, berjalan dipertongkat.Ilmu yang tidak lupa diamalkan siang dan malam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling.Tidak senang melihat kebahagiaan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Keluh (kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran.Kemewahan ataupun kekayaan tidak selamanya membawa kebahagiaan; sebaliknya, hidup miskin ada kalanya memberi kesenangan. Berkeruh = mendengkur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pantang si tegang dibawa mengetul.Orang yang degil tidak mahu menurut nasihat orang. si tegang = orang yang keras kepala; mengetul = melipatkan, seperti meringkuk waktu tidur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam.Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air diminum sembiluan, b. Tidur tak lelap, makan tak kenyang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas