| Tinggi kelepur, rendah tikam. | Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi gelepur, rendah laga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tinggi gelepur, rendah laga. | Banyak cakap, tetapi tidak ada buktinya; sombong. (Peribahasa lain yang sama makna: Tinggi kelepur, rendah tikam). gelepur = melompat menyerang kelepur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bahasa menunjukkan bangsa. | Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli. | Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai. | Berhajat kepada pangkat yang tinggi sedangkan pangkat rendah pun tidak ada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat. | Tidak pernah merasa puas dengan sesuatu perolehan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bersunting bunga keduduk: berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah. | Suami isteri yang tidak sama derajat (darjat) keturunannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |