Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. | Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tidak berluluk mengambil cekarau. | Mendapat untung tidak dengan bersusah payah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mendapat badar tertimbakan. | Mendapat untung dengan tidak disengajakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Sepasin dapat bersiang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sepasin dapat bersiang. | Mendapat untung dengan tidak disengajakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendapat badar tertimbakan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada pasang surutnya. | Untung dan malang tidak tetap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Untung ada tuah tiada. | Ada kekayaan, tetapi tidak bahagia hidupnya; murah rezekinya tetapi selalu habis saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dielakkan harimau, gajah tentu dengan londarnya; dielakkan untung, tak tentu londarnya. | Nasib yang tidak dapat ditentukan. londar = denai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |