Tidaklah telaga mendapatkan timba. | Orang yang berhajat itulah yang mesti pergi kepada orang yang dihajatinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak orang, anak orang juga. | Kalau bukan hak kita tidaklah ada gunanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah pinta dibuat sempena. | Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tertukik jejak mendaki, tersendorong jejak menurun. | Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat. | Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik. (Bandingkan dengan: a. Anak harimau takkan menjadi anak kambing, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana lemping terbuang. | Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar. | Usaha yang besar kalau tidak berhasil, tidaklah mendatangkan malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berhanyut ke hilir mengepit kemudi sajalah. | Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang pandai (= rajin) maka tidaklah payah diawasi terlalu sangat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar, besar istana raja; kecil, kecil pondok sendiri. | Walau bagaimanapun senang di rumah besar kepunyaan orang, tidaklah sama dengan kesenangan di rumah sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat memakai, syarak mengata. | Adat yang tidak sesuai dengan hukum Tuhan dan tidak selaras dengan keadaan masa tidaklah guna dipertahankan, kerana adat harus takluk kepada hukum syarak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |